Promotion

Wonderful Promotion

Wednesday, June 27, 2012

Doa yang tidak akan putus


Aku dilahirkan muslim
Ya, aku seorang muslim
Tetapi aku tidak ditakdirkan untuk bermula sebagai solehah
Kerna sejak kecil, dunia ini aku pandang penuh gah


Hati yang dulunya putih
Kucorakkan penuh warna
Hingga tidak sedar
Banyak noda-noda hitam
Menitiskan dakwat kesal


Saat aku terjaga dari mimpi
Rinduku pada DIA yang memanggil-manggil dalam lenaku
Terhampar atas sehelai sejadah lusuh
Sujud yang baru mengenal erti syukur
Ku ukir akhirat dihati
Tinggalkan dunia sebelum mati


Bukan mudah menggapai solehah
Jatuh, bangun dan tersungkur
Dipagari nafsu dan kehendak yang bermaharajalela
Bukan mudah menolak yang mungkar
Bila indahnya dosa dinikmati semula


Namun, semangatku tidak pernah pudar
Mencari keikhlasan diri
Disebalik riak, takbur dan harapan pada segunung ganjaran
Mendambakan sebenar-benar CINTA
Biarlah hanya kerana DIA



Ya Allah, selama perjalanan ini
Engkau tidak lelah menemaniku
Engkau setia disisiku
Engkau mendengar tangisku
Engkau memujuk rajukku
Engkau bersabar dengan salah sangkaku
Engkau bentangkan lautan keampunan-MU
 Engkau menawarkan syurga-MU


Disaat aku terleka,
Engkau menguji demi sebuah rindu
Agar aku sentiasa dijalan-MU.


Ya Allah,
Dakwat hitam itu kekal dimata mereka
Dalam ingatan mereka
Lantas aku dihukum dan dihina
Nilai diri yang terhumban jauh
Hanya kerna dosa-dosa lalu


Ya Allah
Selama perjalanan ini
Engkau lebih mengetahui besarnya dosaku
Namun, KAU sambut setiap salam taubatku
Engkau lebih mengetahui kehinaanku
Namun, Engkau melindungi dan mengangkatku dengan Islam-MU


Ya Allah
Engkau mengampunkanku sedang mereka menghukumku
Engkau menerimaku disaat mereka menolakku jauh
Engkau mengingatkan tika mereka mengharapkan kealpaanku


Hari ini
Pelukan kasih sayang-MU jelas terasa
Pemberian-MU tiada tandingannya
Syukurku tidak terungkap 
Rindu ini biarlah mendekatkanku kepada-MU
Mudahan sentiasa KAU dihatiku


Ya Allah, jadikan aku hamba yang solehah,
Doaku tidak akan pernah putus
Kerna itu cita-citaku


Tetapkan imanku pada jalan-MU
Tetapkan  impianku hanya untuk keredhaan-MU
Tetapkan cinta ini hanya untuk sebenar-sebenar CINTA-MU


Biar jatuh tersungkur lagi
Aku tidak akan lelah 
Mencari-MU
mencintai-MU dengan penuh tulus.

Wednesday, September 14, 2011

DOA PENGASIH



Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak dagu, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir. 

Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar . Tak bau syurga bila mati.

Firman Allah SWT maksudnya:



"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)

Firman Allah swt maksudnya:






"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)



Caranya:


Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. 

Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. 

Wasallam



Tuesday, September 13, 2011

DOA PENERANG HATI





Maknanya:

“Ya Allah, bukakanlah keatas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, wahai Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.”


SURAH TAHA (AYAT 1- 5) PELEMBUT HATI DAN PENDINDING DIRI.

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW. 



Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.


Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.


Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.


Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.


Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.


Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:

"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"


Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq! 

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.





Terjemahan Ayat 1 - 5 (Surah Taha).


1. Taa Haa
2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.

Monday, August 8, 2011

PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH


ASSALAMU'ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH

"Semoga selawat dan salam senantiasa dilimpahkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad, kepada keluarganya dan para sahabatnya"

Di bawah adalah petikan dari Direktorat Jendral Urusan Riset, Fatwa, Da'wah dan Bimbingan Islam, RIYADH-SAUDI ARABIA (1404H~1984)

Oleh Abdul Aziez bin Abdullah bin Baz.

HAL-HAL YANG MEMBATALKAN KEISLAMAN

1.Mempersekutukan ALLAH (Syirik) dalam ibadah. ALLAH berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mempersekutukan ALLAH nescaya ALLAH akan mengharamkan syurga baginya, dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka , dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang zalim". Diantara perbuatan syirik tersebut ialah: meminta doa dan pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, begitu pula bernazar dan menyembelih korban demi mereka.

2.Menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan ALLAH dengan meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakal) kepada perantara itu. Yang melakukan hal tersebut, menurut kesepakatan Ulama' (ijma'), adalah kafir.

3.Tidak mengkafirkan orang musyrik, atau ragu akan kekafiran mereka, ataupun membenarkan faham(madzab) mereka, dengan demikian ia telah kafir.

4.Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad saw. Itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpan dari hukum ALLAH (aturan-aturan Taghut), dan mengenyampingkan hukum Rasulullah saw. Maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. Sebagai contoh:

(a) Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan perundang-undangan yang diciptakan manusia lebih utama daripada syaria't Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur urusan segi kehidupan lain.

(b) Berpendapat bahawa melaksanakan hukum ALLAH dalam memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan), tidak sesuai lagi di masa kini.

(c) Berkeyakinan dengan dibolehkannya menggunakan selain hukum ALLAH dalam segi mu'amalat Syar'iah (seperti: perdagangan, sewa-menyewa, pinjam-meminjam dll.), atau dalam menentukan Hukum Pidana,atau lainnya, sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada syari'at Islam. Kerana dengan demikian ia telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Ulama'(Ijma'). Sedangkan setiap orang yang menghalalkan apa yang jelas dan tegas diharamkan oleh ALLAH dalam agama, seperti: zina, arak, riba dan penggunaan perundangan selain Syari'at ALLAH, maka ia adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (Ijma').

5.Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasullah SAW sebagai Syari'at beliau, walaupun ia mengamalkannya, maka ia menjadi kafir, kerana ALLAH berfirman yang bermaksud "Demikian itu adalah dikeranakan mereka oleh ALLAH menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka".

6.Memperolok-olok terhadap sesuatu dari ajaran Rasullah SAW., ataupun terhadap pahala maupun siksaan yang telah menjadi ketetapan Agama, maka ia menjadi kafir, kerana ALLAH telah berfirman yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad), terhadap, ALLAH-kah dan ayat-ayat Nya serta RasulNya kau sekelian memperolok-olok? Tiada erti kau meminta maaf, kerana kau kafir setelah beriman."

7.Sihir, diantaranya ialah ilmu guna-guna (sarf) iaitu merubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi suatu kebencian; begitu juga ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Maka barang siapa yang mengerjakan sihir atau senang dan rela dengannya maka ia adalah kafir, kerana ALLAH berfirman yang bermaksud "Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada seseorang pun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir".

8.Membantu dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi kaum Muslimin, kerana ALLAH berfirman yang bermaksud "Dan barang siapa diantara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin maka sesunguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim"

9.Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikuti Syaria't Muhammad SAW., maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. ALLAH berfirman yang bermaksud "Barang siapa menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu daripadanya, dan di Akhirat tergolong orang-orang yang rugi".

10.Berpaling secara keseluruhan dari agama ALLAH, atau dari hal-hal yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim, tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. ALLAH berfirman yang bermaksud "Tiada yang lebih zalim daripada orang yang telah mendapatkan peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya, Sesungguhnya Kami akan menimpakan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa" Dan ALLAH berfirman yang bermaksud "Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka".

Dalam hal-hal yang membatalkan keislaman ini, tiadak ada bezanya dalam hukum, antara yang main-main dan yang sungguh-sungguh bersengaja melanggar ataupun yang kerana takut terkecuali yang dipaksa. Semuga ALLAH melindungi kita dari hal-hal yang mendatangkan kemurkaan Nya dan kepedihan siksa Nya.

Sekian.

Cara Berwuduk

Wuduk @ Uduk (Mengambil air sembahyang)
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: "Sembahyang salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk".
Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
1. Sembahyang-sembahyang sunat.
2. Thawaf di Baitullah.
3. Menyembahyangkan mayat.
4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
Syarat-syarat Wuduk
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.
Rukun-rukun Wuduk
Rukun wuduk itu ada enam perkara:-

BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH
BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG
1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
NIAT & BASUH SELURUH MUKA
DARI TELINGA KIRI-KANAN

2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.
HUJUNG JARI HINGGA SIKU
MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.
MENYAPU AIR KE KEPALA
MENCUCI KEDUA TELINGA

4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.
MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI
MULAKAN KAKI KANAN/KIRI

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.

6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
Selesai mangangkat Wuduk hendaklah membaca Doa Selepas Wuduk
Sunat-sunat Wuduk

Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
1. Menghadap ke arah Kiblat.
2. Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
4. Berkumur atau bersugi.
5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
6. Menyapu air ke kepala.
7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
15. Berjimat ketika menggunakan air.
16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
17. Membaca Doa Selepas Wuduk setelah selesai berwuduk.

Perkara yang membatalkan wuduk.
Enam perkara membatalkan wuduk:-
1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
6. Murtad.
Perkara yang sunat untuk berwuduk.
1. Sehabis keluar darah dari hidung.
2. Sesudah mengantuk.
3. Hendak berjalan jauh.
4. Sehabis ketawa berbahak-bahak.
5. Ragu-ragu dalam berwuduk.
6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
8. Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
11. Ziarah ke kubur.
12. Memegang atau memikul mayat.
13. Jika dalam keadaan marah.

Cara-Cara Membasuh Kencing Dengan Betul



Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jangan kencing berdiri!
Jangan kencing berdiri!

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;

1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.

2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.

3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.
Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;

1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.

2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.
Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”
Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.
Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.

Wassalam..