Promotion

Wonderful Promotion

Wednesday, June 9, 2010

kata mutiara 1

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan
manisnya dalam hati...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA
MEMBENARKAN KATA-KATA.

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi
rintangan dalam hidup"

"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"

JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN
DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK
MENGALAH DEMI
PERSAHABATAN KALIAN.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap
Dosa); Sabar Terhadap
Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI,
LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "
WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN
DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA
DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI
DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji"

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik.

1 comment:

  1. byk nyer mutiara kata2...
    psl kawan tu kan....ak lbh suka kawan suka mberi kritikan yg mbina dr lbih suka memuji...

    ReplyDelete