Promotion

Wonderful Promotion

Tuesday, May 11, 2010

Mutira Kata


Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.
Orang yang bercita-cita dab berazam besar,selalu bertemu
halangan dan rintangan yang besar.Kebesaran halangan da
rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatau cita-cita.
Dalam dasar suatau cita-cita mulia,
kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.

Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi
sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.
Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya.
Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang
besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.

Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab
seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan,
kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.

Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.
Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.
Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,
melainkan adakalanya disirami dengan airmata dan juga darah.
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.

No comments:

Post a Comment